Wednesday, May 6, 2009

Farewell Party

05 Mei 2009

Masa : 7.45 mlm
Venue : Island Tomyam Labuan

Sempena pertukaran salah seorang kakitangan unit kitorang,kitorang organize satu farewell party untuk beliau. Sedekad menabur jasa di sini tentunya banyak pahit manis telah beliau lalui. Kami semua mendoakan semoga kejayaan milik beliau walau di mana menabur bakti. Bak kata pepatah benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.




Bulan purnama kembang berseri,
Pungguk menanti jatuh ke riba,
Amrie Abdullah nama diberi,
Mukah Sarawak asal lahirnya.


Bagai cincin dengan permata,
Sama cantik samalah padan,
Sanisah Zainal isteri tercinta,
Amira Syahmina puteri kesayangan.





Tuesday, May 5, 2009

Karnival Pesta Sukan Air Antarabangsa













01.Mei ( Jumaat )

Hari ni cuti...yeaah cuti Hari Pekerja la katakan. peluang yang ada ni kitorang gunakan untuk bersiar-siar sefamily. Macam pesta-pesta lain juga pesta sukan air yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Labuan ni dipenuhi khemah-khemah jualan selain daripada acara-acara sukan air yang dijalankan. Antara aktiviti dijalankan ialah pertandingan memancing,kayak,jet ski,auto show, sukanneka dan macam-macam lagi

Pemandangan sekitar tapak pesta:

Seminar pemantapan Keluarga Bahagia

29hb April-( Rabu ) 8.00pg-5.00ptg

Aku berkesempatan menghadiri "Seminar Pemantapan Keluarga Bahagia" anjuran jabatan lama ku dulu iaitu Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan Labuan atau ringkasnya JAWI. Alhamdulillah kesempatan bagiku kerana disamping menghadiri seminar ini,aku dapat bertemu semula dengan rakan-rakan sejawat dulu. Sememangnya ku akui dalam perjalanan kerjayaku,paling best sekali ialah ketika berada di jabatan ini. Apapun semuanya tinggal kenangan yang tak mungkin kulupakan.







Antara intipati seminar tersebut ialah konsep kekeluargaan dalam Islam,perkahwinan Sindiket dan juga Konflik serta cara-cara menangani konflik dalam rumahtangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ungu Violet © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute