Hari ni pejabat kami adakan satu majlis membaca Yassin dan juga tahlil beramai-ramai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Dalam kesyahduan dan keheningan setelah usai ustaz membaca doa,hati ini tiba-tiba sebak dan tidak dapat menahan airmata daripada turun mencurah bak hujan. Kerinduan dan ingatan terhadap arwah ayah tiba-tiba menerjah.
Ya Allah , semoga ayahku dicucuri rahmat-Mu.
Banyak kenangan bersama arwah ayah yang tak dapt kulupakan. Satu antaranya yang banyak menyuntik semangat ku dalam meneruskan perjuangan ialah peristiwa yang berlaku ketika aku berada di tingkatan enam atas. Ketika itu,cuaca hujan renyai-renyai awal pagi. dalam hujan itu , tiba-tiba pintu kelasku diketuk oleh seseorang,aku dah lupa senior ke junior ku..memaklumkan bahawa ada orang nak berjumpa denganku.
Ketika turun ke bawah,aku melihat sesusuk tubuh yang kukenali...Oh dalam hatiku rupanya ayahku datang melawat. Setelah bersalaman dengan ayah,ayah menghulurkan wang dalam genggamannya padaku..kata ayah.." Ni duit untuk bayar yuran ko nak,belajar rajin-rajin ya,concentrate ja dengan pelajaran,jangan ingat masalah-masalah lain." Aku baru teringat bahwa minggu lepasnya aku ada memaklumkan pada ayah bahawa sekolah minta duit yuran untuk bayar exam STPM.Kadar ketika itu tak silap ku dalam RM 250.00.
Hatiku benar-benar terharu kerana ayahku terpaksa meredah hujan semata-mata untuk manghantar duit yuran tu.. Aku bertekad untuk tidak mengecewakan ayah. Aku tahu nilai itu mungkin sedikit bagi setengah orang untuk ditunaikan tapi ketika itu , bagi seorang ayah yang hanya membawa bas untuk menampung keluarga itu adalah jerit payah yang perlu dilaluinya. Terima kasih ayah.
Lagu ini sering menginatkan aku pada ayah...
Di mana...akan ku cari
aku menangis seorang diri,
hatiku...
selalu ingin bertemu
untukmu aku bernyanyi
Untuk ayah tercinta
aku ingin bernyanyi
walau air mata dipipiku
Ayah...
dengarkanlah
aku ingin berjumpa
walau hanya dalam mimpi..
Al-Fatihah untuk arwah ayahnda tercinta.
OTAK OTAK PERANAKAN NYONYA PULAU PINANG
-
Tadi masa Kjee surf internet cari resipi Otak-Otak Nyonya yang original,
Kjee tersengih apabila dalam satu blog tu, pemiliknya kata kenapa beri...
3 hours ago








