Thursday, July 14, 2011

Ayah.....

Hari ni pejabat kami adakan satu majlis membaca Yassin dan juga tahlil beramai-ramai.  Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Dalam kesyahduan dan keheningan setelah usai ustaz membaca doa,hati ini tiba-tiba sebak dan tidak dapat menahan airmata daripada turun mencurah bak hujan. Kerinduan dan ingatan terhadap arwah ayah tiba-tiba menerjah.
Ya Allah , semoga ayahku dicucuri rahmat-Mu.


Banyak kenangan bersama arwah ayah yang tak dapt kulupakan. Satu antaranya yang banyak menyuntik semangat ku dalam meneruskan perjuangan ialah peristiwa yang berlaku ketika aku berada di tingkatan enam atas.  Ketika itu,cuaca hujan renyai-renyai awal pagi. dalam hujan itu , tiba-tiba pintu kelasku diketuk oleh seseorang,aku dah lupa senior ke junior ku..memaklumkan bahawa ada orang nak berjumpa denganku.

Ketika turun ke bawah,aku melihat sesusuk tubuh yang kukenali...Oh dalam hatiku rupanya ayahku datang melawat. Setelah bersalaman dengan ayah,ayah menghulurkan wang dalam genggamannya padaku..kata ayah.." Ni duit untuk bayar yuran ko nak,belajar rajin-rajin ya,concentrate ja dengan pelajaran,jangan ingat masalah-masalah lain." Aku baru teringat bahwa minggu lepasnya aku ada memaklumkan pada ayah bahawa sekolah minta duit yuran untuk bayar exam STPM.Kadar ketika itu tak silap ku dalam RM 250.00.

Hatiku benar-benar terharu kerana ayahku terpaksa  meredah hujan semata-mata untuk manghantar duit yuran tu.. Aku bertekad untuk tidak mengecewakan ayah. Aku tahu nilai itu mungkin sedikit bagi setengah orang untuk ditunaikan tapi ketika itu , bagi seorang ayah yang hanya membawa bas untuk menampung keluarga itu adalah jerit payah yang perlu dilaluinya. Terima kasih ayah.

Lagu ini sering menginatkan aku pada ayah...

Di mana...akan ku cari
aku menangis seorang diri,
hatiku...
selalu ingin bertemu
untukmu aku bernyanyi


Untuk ayah tercinta
aku ingin bernyanyi
walau air mata dipipiku

Ayah...
dengarkanlah
aku ingin berjumpa
walau hanya dalam mimpi..

Al-Fatihah untuk arwah ayahnda tercinta.

2 comments:

bondasayang said...

Salam,
Mas akak doakan Ayahanda mas sentiasa dalam rahmat Allah.. dan dengan coretan ini juga Mas dapat tempat keempat dlm Giveaway 4by4 Shikin Sayang...mas boleh copy dan siarkan dalam blog Mas nanti.

mas... said...

makasih kak shikin..sorry br nampak comment ni.hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ungu Violet © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute