Wednesday, November 4, 2009

fuh!!! Lama tak update posting, tak menang tangan melakukan tugas seharian kat 'ofis". coz la ni tengah tanggung kerja PT kewangan pula. Jawatan ni dah lama tak diisi selepas penjawatnya meninggal dunia tahun lepas.

Apa pun aku mengambil tempoh ini sebagai menyahut cabaran dalam kerjayaku. Semoga aku dapat menghadapi semua tugasan dan dugaan. Mulanya agak berat juga tugasan yang dipikul,tapi sabar dan redah je...akhirnya aku dah biasa dengan tugas2 seharianku. terimakasih buat suami dan anak-anak yang amat memahami bila diri ni terpaksa mengorbankan hujung minggu untuk menyelesaikan tugasan2 yg ada.

Dalam kesibukan aku sempat menduduki peperiksaan perkhidmatan bagi memasuki perkhidmatan penolong pegawai tadbir gred N 27. Alhamdulillah out of 3 paper aku lulus 1. Next year aku kan usahakan untuk memperbaiki kertas yang 2 tu pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ungu Violet © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute