Thursday, April 23, 2009

Lega Sikit.....

fuyooh!!!! Tarikh nafas...hembus....Alhamdullillah
Selepas berhempas pulas minggu lepas dengan kerja-kerja yang berlambak,minggu ni relax sikit la..tu pun sikit je tau coz coming soon perubahan gaji bulan Jun lagi. Mana dengan kenaikan pangkatnya,orang baru masuk,menyediakan LPC untuk yang bertukar and many more things to do.What ever kerja kan. mau tak mau kena buat juga. Apatah lagi kerja makan gaji.




Menyingkap sejarah kerjayaku...

Selepas tamat form 6 aku memohon untuk menjawat jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih
( GSTT ) di daerahku.Aku mendapat tempat untuk ditugaskan di salah sebuah sekolah menengah iaitu SM. St. Anthony Tenom. Aku diberi tugas mengajar dalam subjek Geografi
( 1 hingga 3 ) dan Pendidikan Jasmani dan kesihatan( tingkatan 1 dan 4 ) Pengalaman berharga mendidik anak bangsa tak dapat ku lupakan. Dalam masa yang sama memohon untuk memasuki Maktab Perguruan, tapi nampaknya bukan rezekiku untuk menabur bakti untuk mendidik anak bangsa. 3 kali memohon termasuk ketika masih berada di tingkatan 6 rendah. Aku hanya samapai peringkat ujian je. Akur dengan ketentuan-Nya aku merasakan mungkin bukan takdirku nak jadi guru, sehinggakan apabila dipanggil semula untuk sambung kontrak GSTT di daerah Keningau aku menolak.

Selepas tamat kontrak,oleh kerana kegawatan ekonomi ketika itu GSTT lantikan tahun tersebut tidak dilantik semula awal tahun berikutnya. Pertengahan tahun baru ada offer semula. Masa tu dah merajuk dah tak mau dah jadi cikgu. Hikmahnya masa menganggur kejap ni aku menjaga arwah nenekku selama 6 bulan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya.

Oktober 1998- aku membawa diri ke W.P Labuan kerana cadangan daripada sanak-saudaraku untuk mencari rezeki di sini. Bekerja di sebuah syarikat swasta yang menjalankan perniagaan berkaitan saham komoditi. Walaupun agak kurang berminat dengan kerjaya ini tetapi menimba pengalaman yang banyak dan dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah ahli-ahli perniagaan di peringkat International Offshore Bank. Here i improve a lot in my communication skills and how to approaching people. Closing power is important in this line.

1991-2002- Bertugas di Jabatan Agama Islam ( JAWI ) W.P Labuan tetapi di bawah lantikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) Diperingkat awal aku diberi tugas di peringkat frontline Jabatan as receptionist gitu..but after that aku dilantik di bahagian biasiswa mengendalikan pemberian biasiswa Baitulmal kepada yang layak menerima bagi semua sekolah-sekolah di W.P Labuan. I really like my job this time. Eventhough lantikanku hanya secara kontrak tetapi aku amat menyukai tugasan ini. Banyak pengalaman pahit dan manis juga sepanjang tempoh ku berkhidmat di sini. Walaubagaimanapun demi menunaikan hasrat orang tua aku terpaksa meletak jawatan. Coz that time my parent prefer for me to work in fully goverment not kontrak atau di badan-badan berkanun.

Feb 2002- aku menerima tawaran untuk menjawat jawatan sebagai Pembantu tadbir N 17, lantikan SPP di salah sebuah sekolah yang terletak agak jauh di pedalaman iaitu Sekolah Kebangsan Ulu Tomani. Sekolah ni actually dalam daerah ku sendiri tetapi lokasinya agak jauh kira-kira 2 jam perjalanan daripada pekan. Di sini aku teruji kerana sekolah di mana aku ditempatkan tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Tidak ada kemudahan Elektrik mahupun bekalan air yang dirawat. Sekolah ini hanya mempunyai Generator set sebagai bekalan tenaga elektrik dan bekalan air graviti. Tapi pengalaman di sini tak kurang menariknya kerana punya rakan sekerja yang understanding and penduduk yang very friendly. Aku bertahan di sini selama 1 tahun setengah.

Jun 2003- aku bertukar ke Sekolah Kebangsaan ( M ) Stella Maris, Tanjung Aru , Kota Kinabalu kerana mengikut suami. Kat sini pun not bad. I have few best friend here : Kak Rosalia, Kak Solina and Bro Rizal. Sepanjang berada di sini banyak juga pengalaman yang ditimba. Bagiku setiap pengalaman yang kuperolehi adalah pengajaran & pelajaran yang bermakna. Sedar tak sedar di sini aku berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun setengah.

Feb 2007-Labuan...i'm back. Ya tanpa kuduga aku kembali semula ke daerah ini, bertugas di Kolej Matrikulasi Labuan. Di sini pengalaman yang kuperolehi agak though juga. Namun ku meniti hari dengan berbekal semangat daripada suami,anak-anak dan rakan seperjuangan. Sehingga ke hari ini aku masih di sini meneruskan perjalanan kerjayaku.

1 comments:

Anonymous said...

Salaam,

Semoga sukses dalam kerjaya.... sebagai aks, puan di jemput meramaikan forum aks di

http://ktbmforum.ucoz.net/

Terima kasih.

Shuklyn
Admin http://ktbmforum.ucoz.net/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ungu Violet © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute