Kadang kala.....
Kebenaran itu pahit buahnya
Adakala.....
Palsu itu manis rasanya
Ada masanya.....
Benar itu ada palsunya
Ada tika.....
Palsu itu ada benarnya
Berpaksi apa mereka?
Berkiblat arah mana mereka?
Bertunjang akar bagaimana mereka?
Tanyanya.....
Siapa kau untuk menilaiku?
Siapa kau untuk mengukurku?
nyataku....
Aku bukan siapa-siapa
Bukan Pak Menteri yang menggalas pimpinannya
Bukan sang raja atas singgahsananya
apatah lagi sang pujangga dengan puitisnya
Aku ciptaan Khaliqku
Khalifah amanah yang Wahid
Benarkah kau?Palsukah aku?
Palsukah kau? Benarkah aku?
Beratkah kau? Ringankah aku?
Beratkah aku? Ringankah kau?
Di sana..
Di sana..ada jawabnya
nantikan mizan neracanya.
p/s
cetusan rasa-violet ungu-
sambil mengikuti seminar Pemantapan Keluarga Bahagia
Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.
29hb April-2.30ptg
SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA
BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA
CUEPACS 2024
-
Cuepacs
26/12/2023
*KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM*
*PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]*
*(No Pendaftaran : 195)*
*SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKA...
3 months ago
1 comments:
Zanna,
kebenaran itu sungguh sukar dipegang..kebenaran seperti seekor cicak, kata abg. nad, yang kita tangkap hanyalah ekornya, manakala kepalanya terlepas...
pa'al rasa, apa pun..kebenaran ada jauh dalam lubuk hati kita. kalau kita bertanya pada hati, pasti kita menemukan kebenaran.. :-)
Post a Comment