Wednesday, April 29, 2009

Monolog Kebenaran

Kadang kala.....
Kebenaran itu pahit buahnya
Adakala.....
Palsu itu manis rasanya
Ada masanya.....
Benar itu ada palsunya
Ada tika.....
Palsu itu ada benarnya

Berpaksi apa mereka?
Berkiblat arah mana mereka?
Bertunjang akar bagaimana mereka?

Tanyanya.....
Siapa kau untuk menilaiku?
Siapa kau untuk mengukurku?

nyataku....
Aku bukan siapa-siapa
Bukan Pak Menteri yang menggalas pimpinannya
Bukan sang raja atas singgahsananya
apatah lagi sang pujangga dengan puitisnya

Aku ciptaan Khaliqku
Khalifah amanah yang Wahid
Benarkah kau?Palsukah aku?
Palsukah kau? Benarkah aku?
Beratkah kau? Ringankah aku?
Beratkah aku? Ringankah kau?
Di sana..
Di sana..ada jawabnya
nantikan mizan neracanya.



p/s
cetusan rasa-violet ungu-
sambil mengikuti seminar Pemantapan Keluarga Bahagia
Anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.
29hb April-2.30ptg

Monday, April 27, 2009

Sesi Fotografi

28hb-
Hari ni kitorang ada foto shot untuk mengabadikan kenang-kenangan bersama seorang rakan sekerja yang akan bertukar keluar daripada Kolej Matrikulasi Labuan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan W.P Labuan.
Beliau merupakan seorang pembantu Akauntan di tempat kerja kitorang ni. Sepanjang mengenali beliau, beliau merupakan seorang yang tidak lokek dengan ilmu dan selalu memberi tunjuk ajar kepada sesiapa jua. Sesuai dengan tag line beliau" berkongsi untuk berkembang" Chewaah...
Anyway untuk beliau selamat maju jaya dalam apa jua bidang diceburi dan semoga berjumpa di puncak kejayaan!!!










Thursday, April 23, 2009

Lega Sikit.....

fuyooh!!!! Tarikh nafas...hembus....Alhamdullillah
Selepas berhempas pulas minggu lepas dengan kerja-kerja yang berlambak,minggu ni relax sikit la..tu pun sikit je tau coz coming soon perubahan gaji bulan Jun lagi. Mana dengan kenaikan pangkatnya,orang baru masuk,menyediakan LPC untuk yang bertukar and many more things to do.What ever kerja kan. mau tak mau kena buat juga. Apatah lagi kerja makan gaji.




Menyingkap sejarah kerjayaku...

Selepas tamat form 6 aku memohon untuk menjawat jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih
( GSTT ) di daerahku.Aku mendapat tempat untuk ditugaskan di salah sebuah sekolah menengah iaitu SM. St. Anthony Tenom. Aku diberi tugas mengajar dalam subjek Geografi
( 1 hingga 3 ) dan Pendidikan Jasmani dan kesihatan( tingkatan 1 dan 4 ) Pengalaman berharga mendidik anak bangsa tak dapat ku lupakan. Dalam masa yang sama memohon untuk memasuki Maktab Perguruan, tapi nampaknya bukan rezekiku untuk menabur bakti untuk mendidik anak bangsa. 3 kali memohon termasuk ketika masih berada di tingkatan 6 rendah. Aku hanya samapai peringkat ujian je. Akur dengan ketentuan-Nya aku merasakan mungkin bukan takdirku nak jadi guru, sehinggakan apabila dipanggil semula untuk sambung kontrak GSTT di daerah Keningau aku menolak.

Selepas tamat kontrak,oleh kerana kegawatan ekonomi ketika itu GSTT lantikan tahun tersebut tidak dilantik semula awal tahun berikutnya. Pertengahan tahun baru ada offer semula. Masa tu dah merajuk dah tak mau dah jadi cikgu. Hikmahnya masa menganggur kejap ni aku menjaga arwah nenekku selama 6 bulan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya.

Oktober 1998- aku membawa diri ke W.P Labuan kerana cadangan daripada sanak-saudaraku untuk mencari rezeki di sini. Bekerja di sebuah syarikat swasta yang menjalankan perniagaan berkaitan saham komoditi. Walaupun agak kurang berminat dengan kerjaya ini tetapi menimba pengalaman yang banyak dan dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah ahli-ahli perniagaan di peringkat International Offshore Bank. Here i improve a lot in my communication skills and how to approaching people. Closing power is important in this line.

1991-2002- Bertugas di Jabatan Agama Islam ( JAWI ) W.P Labuan tetapi di bawah lantikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) Diperingkat awal aku diberi tugas di peringkat frontline Jabatan as receptionist gitu..but after that aku dilantik di bahagian biasiswa mengendalikan pemberian biasiswa Baitulmal kepada yang layak menerima bagi semua sekolah-sekolah di W.P Labuan. I really like my job this time. Eventhough lantikanku hanya secara kontrak tetapi aku amat menyukai tugasan ini. Banyak pengalaman pahit dan manis juga sepanjang tempoh ku berkhidmat di sini. Walaubagaimanapun demi menunaikan hasrat orang tua aku terpaksa meletak jawatan. Coz that time my parent prefer for me to work in fully goverment not kontrak atau di badan-badan berkanun.

Feb 2002- aku menerima tawaran untuk menjawat jawatan sebagai Pembantu tadbir N 17, lantikan SPP di salah sebuah sekolah yang terletak agak jauh di pedalaman iaitu Sekolah Kebangsan Ulu Tomani. Sekolah ni actually dalam daerah ku sendiri tetapi lokasinya agak jauh kira-kira 2 jam perjalanan daripada pekan. Di sini aku teruji kerana sekolah di mana aku ditempatkan tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Tidak ada kemudahan Elektrik mahupun bekalan air yang dirawat. Sekolah ini hanya mempunyai Generator set sebagai bekalan tenaga elektrik dan bekalan air graviti. Tapi pengalaman di sini tak kurang menariknya kerana punya rakan sekerja yang understanding and penduduk yang very friendly. Aku bertahan di sini selama 1 tahun setengah.

Jun 2003- aku bertukar ke Sekolah Kebangsaan ( M ) Stella Maris, Tanjung Aru , Kota Kinabalu kerana mengikut suami. Kat sini pun not bad. I have few best friend here : Kak Rosalia, Kak Solina and Bro Rizal. Sepanjang berada di sini banyak juga pengalaman yang ditimba. Bagiku setiap pengalaman yang kuperolehi adalah pengajaran & pelajaran yang bermakna. Sedar tak sedar di sini aku berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun setengah.

Feb 2007-Labuan...i'm back. Ya tanpa kuduga aku kembali semula ke daerah ini, bertugas di Kolej Matrikulasi Labuan. Di sini pengalaman yang kuperolehi agak though juga. Namun ku meniti hari dengan berbekal semangat daripada suami,anak-anak dan rakan seperjuangan. Sehingga ke hari ini aku masih di sini meneruskan perjalanan kerjayaku.

Tuesday, April 21, 2009

Aku dan hari-hariku.....

Meniti hari...bersyukur ke hadratnya aku masih dikurniakan usia setahun lagi. 18hb April hari tu genap usiaku 33 tahun. fuyooh macam tak sangka pula dah tiga puluhan usiaku..hehehe tak sedaq diri dah tua tu..

18hb- Hari ni seperti biasa, aku meneruskan kelangsungan hidup, memenuhi tuntutan hidup di muka bumi-Nya ini. Hari ni kena kerja lebih masa la pula coz nak buat Pergerakan Gaji Tahunan kakitangan bagi mereka yang bulan pergerakan gajinya Januari dan April,termasuk gajiku sendiri tu...letih gak la coz daripada pagi sampai petang. Pulak tu sorang2 kat ofis ni. Time nak balik pula sambil tunggu hubby jemput,satu insiden yg aku tak tau nak kata apa. U know what, time tu aku ternampak kelibat hamba Allah pi Thumbprint,padahal bukannya buat kerja overtime pun.Coz kitorang satu pejabat. Aku terkedu sambil hati ni berkata-kata. Orang mcm ni pun ada...sendiri mau ingat la. Bak kata bro Amrie :"jawap di Sana la nanti" Tapi tak mustahil juga kena bayar cash kan?? Betul tak Geng ( this sentence dedicated to Ita,Ros and Mil ) Ok la biarlah mereka dengan labu-labunya.

Tapi dalam keletihan hatiku terubat dengan "suprise" daripada my beloved hubby. Lepas balik keja,hubby buat macam tak de apa2 je. After that dia kata nak keluar jap. Sambil tu aku bertanyakan nak masak menu apa hari ni? Hubby pun dengan selamba menjawab "nti ayang call bagi tau" aku kata "oh ok". Coz my prediction mesti hubby beli tapau.coz 2-3 hari ni sejak Taman kitorang terputus bekalan air, kitorang terpaksa beli makan kat kedai je. Tup-tup...bila hubby balik dia siap bawa kek and makanan yg di "cater' . The most sweet moment i feel time hubby bawa kek sambil nyanyi birthday song. "Thanks ayang, Love u so much" i really appreciate that. Hari ni gak aku dapat news daripada tutor memanduku yang "L" ku dah keluar so i can start my 8 hours driving course. Yes!!!


Eventhought simple but meaningfull and touching..


19hb-hari ni sambung Overtime lagi untuk siapkan kerja-kerja semalam. Ya Allah, letih sungguh rasanya minggu ni coz everything need to catch up for dateline.


20hb- Kitorang terima staff baru di unit kewangan ni. Aspaleela namanya. Firstly aku sangkakan dia akan menggantikan tugas yang ku tanggung kerja sekarang,rupa2nya dia akan menggantikan tempat bro Amrie yang akan pindah ke Jabatan Akauntan Negara.Anyway selamat datang buat yang datang and all the best buat bro. Amrie yang akan bertukar keluar. Bila time-time macam ni aku teringatkan salah seorang teman yang memang tak de penggantinya hingga ke saat ni kalau bab2 b'kerja ni. Tak lain tak bukan...Ita. I think she is one of the best workers that i ever seen. Tak suka bertangguh dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam kerjanya. Apapun ucapan semoga berjaya dalam mengejar cita yang diidamkan.


Teman2 Seperjuangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ungu Violet © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute